Bismillahirrahmanirrahim

Hello 2011! Kalau ikut kiraan tahun, hari ni umur aku dah 24.. hehehe.. macam tak percaya.. Tarikh 1/1/11 banyak betul jemputan kahwin.. Aku ada tiga jemputan.. kengkonon nak pergi la kan.. sekali, hambekkk.. bangun lambat..

3-3 orang yang menjemput tu, semua sebaya dengan aku.. aku bila lagi? kahkahkah.. rilek la babe.. baru 24.. belum 42.. ye tak? :p

Ada orang jodoh datang awal, ada yang datang lambat.. kita nak tunggu sangat pun tak boleh, nak mencari sangat pun tak boleh.. Just go with the flow katanyeee.. ;)

Aku ni boleh dikata kan tak ready lagi untuk benda2 tu semua.. Mungkin bagi sesetengah orang, bila tengok kawan2, sedara mara dah kahwin, ada rasa cuak or jeles mungkin? tapi, setakat ni alhamdulillah, aku tak rasa pressure tu lagi.. taktau la esok lusa macam mana kan..

Ibu & ayah aku pun tak pernah tanya benda2 ni semua.. mungkin sebab kakak aku pun tak lepas lagi kan.. hehehe.. tapi, InsyaAllah, hujung bulan dua nanti, majlis kakak.. so, taktau la selepas itu diorang akan tanya2 kan..

Setakat ni aku happy dengan life aku, happy dengan cara aku.. tak terikat dengan sapa2.. tipu aku tak pernah rasa nak ada boyfriend.. tapi, bila pikir2 balik, takde pun takpe.. kan? kan? kan? sebab aku susah nak terima orang.. bukan memilih ok? beza tu..

Aku ada beberapa orang kawan yg agak terdesak untuk benda2 ni semua.. Hurmm.. aku taknak la cakap orang sangat kan, takut nanti makan diri balik.. Cuma, yg boleh aku cakap, rileks.. masa kita akan sampai.. Setiap orang kan ada jodoh masing2.. Jodoh itu kan rahsia Allah.. So, sabar dan InsyaAllah, kita akan jumpa orang itu..

Oklah, hari pertama aku di tahun 2011 ni, aku habiskan masa dengan ibu dan ayah.. satu perkataan utk semua tu, Priceless.. Sejak kerja, aku jarang ada dekat rumah, lagi2 weekend.. So, aku ambik kesempatan cuti minggu ni dengan lepak dekat rumah ngan diorang.. Lepas tu bawak pergi makan, jalan2 dekat Uptown & lepas tu tengok movie.. hanya kami 3 orang.. happy sangat sebab dapat belanja ibu & ayah hasil duit gaji aku sendiri.. :)

Seperti tahun2 sebelum ni, aku takde azam.. hehehe.. malas! :p takdelah, aku jenis tak suka terikat dan tak berapa suka perkara yg ditetapkan.. lebih suka spontan.. rasa nak buat, aku buat.. rasa mampu, aku teruskan.. Harap hari2 aku sepanjang tahun 2011 ni penuh dengan kegembiraan.. Lupakan dan tinggalkan apa saja benda yg terjadi tahun lepas..

Pada kawan2 aku yang kahwin harini, Selamat Pengantin Baru korang!! Moga korang kekal sampaiiiii ke akhir hayat.. ^__^

Oklah, 2011, please be kind to me ok? ;)

Tenkiu Ailebiu..

0 comments:

Jom Kenal



Tasha :: Turning 24 :: Single :: Enjoy Being Single :: Wanna be slim again! :: Love myself, family & frenz :: Some say crazy. some say funny, some say serious :: U judge it :: Damn stubborn!! :: Addicted to shopping :: Wanna live my live to the fullest :: Wanna widen my circle of life :: Like to kacau-kacau & gelak-gelak :: Enjoy life :: Be nice, I'll be nice :: Cross the line, you'll see ::

Jom Borak

Jom Ikut